Saturday, January 30, 2010

entry panjang gila...tapi tak la sampai gila..ni entry panjang ke tajuk yang panjang??heh.

yeah..setelah entry klik..klik..aku ingat banyak la entry-entry lain yang menyusul..rupanya haram..heh..aku sangat la sibuk..sibuk yang amat..walaubagaimanapun..dikesempatan ini..terima kasih la kepada yang telah menyinggah dan klik-klik nuff aku..nanti aku pergi walking kat blog kalian yer..

apa yang aku buat??konon-konon busy..tak..aku memang busy..kalah YB..baik-baik..aku suka mengarut untuk memanjangkan entry supaya menepati tajuk yang tak boleh bla itu..seminggu berkempen untuk sahabat-sahabat aku yang bertanding untuk calon MPP kali ini..dah 2 pulak tuh..sebagai member kena la bagi moral support...aku ingat dulu masa 1st year..aku macam tak ambil tahu pon pasal mengundi-mengundi ni..heh..siap kutuk-kutuk..dan ada niat untuk tidak pergi mengundi..pergi pon aku tak kenal calon..masa nak pangkah aku buat kira-kira dulu...kira sampai sepuluh dekat calon..lepas tu yang no.11 aku pilih..heh...jangan marah...kalau nak marah sebelum keluar klik nuffnang dulu..hahaha~~

aku jadi jentera tak rasmi kepada 2 orang kawan aku yang bertanding..kenapa tak rasmi sebab masa hari penamaan calon aku tidur tak hengat..sampai lupa kena pergi majlis tu..kan aku dah kata aku tak ambil port sangat..tapi semangat setiakawan aku kuat la..aku kan sayang kawan-kawan aku...jadi sebagai jentera tak rasmi..aku mulakan tugas dengan menggantung poster ditengah malam-malam buta..serius syok...aku tak tipu..enjoy gila..gantung poster sambil menghayati alunan muzik heavy metal oleh anjing-anjing yang ada dalam UMP..kecut jugak perut..nasib baik ramai jentera lain..dan ramai rakan kelas lain yang join perang poster nih..



 *gambar dicilok dari facebook ANA yang telah mengtag saya..dan secara suka hati saya meletak watermark saya sendiri..heeeee \(^_^)/

dan..akhirnya tah-ni-ah kepada yang menang...

sebagai meraikan kejayaan..ada 4test untuk diduduki pada 3hari berturut-turut..sila bangun dan tepuk tangan sekarang..rasa bangga dengan diri sebab minggu depan boleh ambil test pada hari ahad dan juga boleh ambil 2test pada hari sabtu..habis weekend aku...habis.. (-_-")

nota kecik:tak panjang pun..heeeeeeeeeeehhhhhhh je lebih..


Photobucket

Monday, January 25, 2010

klik..klik..

dengan penuh jakun dan gembiranya..aku dah pon register nuffnang...ini juga membawa erti yang aku dah mula serius untuk berbelog demi sebuah DSLR...haha..wtf..dengan bilangan yang ado itu..rasanye sampai aku dah kerja pon tak cukup tabung nuffnang aku nak beli DSLR..tetapi memegang teguh kata-kata ADNAN.

"DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA HIGHWAY!!!"

jadi kepada rakan-rakan belog yang mengunjungi belog ini..rajin-rajinkan jari anda meng'klik' nuffnang saya..kita sama-sama klik...




nota kecik:DSLR...DSLR....


Photobucket

Sunday, January 24, 2010

am lousy!!geesh sorry for that~~

semalam menjadi hari yang sangat tidak bosan bagi aku walaupun banyak sangat yang aku nak marah tentang hari semalam pada hari sebelumnya..heh...merepek kau..maksud aku..aku banyak komplen mengenai hari semalam pada hari sebelumnya..ada test la..ada joget-joget la..ada unsur-unsur ugutan la...apa-apa pun..setelah menghadapi sendiri hari semalam...aku rasa sangat bahagia...dan semua itu kerana mempunyai kawan-kawan yang senget orangnya...harap maklum...

bermula dengan sesi joget-joget yang berlaku pada awal pagi..aku memang..malas tahap cipan heh..tak nak guna cipan..malas tahap lipas...nak bangun..tetapi mengenangkan ugutan-ugutan berbaur ancaman yang boleh mengancam nyawa aku..aku pergi...dan cuba teka (baca : guess what) aku telah berjaya mengenjoykan diri dan mengeluarkan peluh yang banyak pada pagi semalam...acara joget-jogetan memang syok..dan lincah sekali...dan sudah tentu kerana kawan-kawan aku juga..sangat sayang mereka...


setelah selesai sesi joget-joget

kemudian bergerak dengan pantas pulang ke kolej kediaman yang sedang mengadakan gotong-royong..heh...aku pulang sebab mahu tukar baju nak pergi test..dan aku telah terlepas daripada gotong-royong tersebut dan kehadiran aku juga diambil..sebab itu aku macam bahagia....dalam keadaan berpeluh tetapi masih maintain comel..aku pergi mengambil test ENGINEERING GRAPHIC yang tak perlu study itu...aku tak pasti tak perlu study atau aku yang tak study..dan untuk jangkaan yang aku rasa tepat..aku tak mungkin dapat markah penuh untuk itu..heh..

pada petangnya pula sesi penggambaran filem pendek arahan suka hati ahli kumpulan aku untuk subjek hubungan etnik..secara serius..itu bukan filem pendek yang serius..boleh lawan raja lawak..sesi penggambaran diselang selikan dengan sesi gelak ketawa secara beramai-ramai...habis jelajah UMP pada waktu petang..ia disambung pada waktu malam..apa-apa pun aku sangat seronok pada hari semalam..titik noktah

hari ini menjadi hari bosan sedunia..gila bosan...dan hari ini juga adalah hari penamaan calon untuk MPP sesi yang baru..dan jutaan maaf kepada sahabat aku yang bertanding..aku sangat-sangat lah tidak dapat mengawal nafsu tidur dan disebabkan itu aku terlepas majlis penamaan calon dan aku juga terlepas untuk menjadi jentera kamu berdua..tetapi sebagai kawan yang baik..aku tetap menjadi penyokong kamu berdua..aku : behind the scene sahaja. kepada SITI NURKHAIRUNISA AMIR dan MOHD AEDLAN NUR selamat berjuang aku ucapkan...aku penyoking no.1 anda berdua..walaupun aku terlepas nak jadi jentera kalian berdua heh (kuciwa) (- -")



nota kecik:sekarang faham maksud saya lousy??tak???ada aku kesah??



Photobucket

Saturday, January 23, 2010

sedikit sahaja

sebelum si sengal tidak lagi menjadi sengal (dengan harapan) nak la update sikit..esok @ lusa mungkin hantar si sengal ke klinik..memang sudah melampau sekarang...jadi sebelum ke klinik haruslah aku puas-puas online mukabuku..online segala-gala yang boleh online..take note..youtube tak boleh..heh saja nak bagitahu semua orang yang youtube memang kena block dekat sini...lagi sekali heh...saat-saat terakhir bersama si sengal bukanlah untuk membuat assignment dan mengulangkaji pelajaran tetapi memang untuk online..kalau dah 24jam mengadap si sengal apalah yang akan terjadi pada aku selepas berjauhan dengan si sengal??ouuhh...jangan pergi lama-lama ya si sengal...kalau kau masih sengal juga setelah pergi ke klinik..mungkin kau akan pergi selama-lamanya..heh...apa kau mengarut nih??

jadi untuk mengisi kekosongan entry pada malam ini..rasa macam nak bagitahu anda semua tentatif hidup aku untuk esok..heh..aku rasa macam mahu menyumpah orang setelah aku sendiri membaca tentatif tersebut..

7.45pg - pergi berjoget-joget dengan en.dekan.. (yang ini memang buat aku marah)
9.30pg - gotong-royong kolej kediaman (bertambah marah)
10.00pg - test engineering graphic (tak marah sebab nanti tak grad la aku)

klik gambargajah untuk tumbesaran yang tidak terbantut





serabut betul la...


nota kecik:huh




Photobucket

Friday, January 22, 2010

agak sibuk ya..

alahai...aku mahu memohon maaf akan aku susun sepuluh jari sebab entry yang lepas macam semangat gila nak nak bagitahu berita gembira tapi sampai hari ni tak bagitahu pon..hakikatnya tuan rumah sangat busy kedaung..dah seminggu rasanya tak cukup tidur..tidur pon asyik termimpi-mimpi assignment dan tutorial yang tak siap..semalam tidur pukul 3pagi untuk siapkan assignmnent...dan aku baru bangun (^_^") dan sekarang baru ada masa sikit nak update...ini pon sekejap saja...lepas ini ada lab lagi..sampai pukul 6ptg nanti..apekah...esok ada test dan busy berjoget-joget dengan Dekan JHEPA dekat kompleks sukan...tuntutan softskills..tak gemar betul aku bila subjek softskills digunakan untuk memenuhkan majlis sedangkan aku rasa berjoget-joget senamrobik itu agak tiada kena mengena dengan softskills..ooouhh lupa...SOFTskills...skill LEMBUT...sekarang aku faham...kemudian selepas bertungkus lumus menjawab test ENGINEERING GRAPHIC pada hari esok..aku akan masuk ke set penggambaran..betul..tak tipu..aku sekarang dah jadi pelakon..untuk subjek HUBUNGAN ETNIK..heh...untuk 2 hari berturut-turut..memang busy...ini untuk minggu ini sahaja...minggu depan aku rasa kerja aku bertambah banyak...lagi satu..test memang tak hengat punya banyak sebelum cuti TAHUN BARU CINA....

dalam family aku pon macam-macam jadi...nenek aku tak sihat sekarang...tolong doakan kesihatan nenek aku...sekarang pnrokiah dan hjbadruddin ada dekat kampung..along dan kakak aku pon ada kat kampung..tinggal adik aku terkontang-kanting seorang diri dirumah..haha..padan muka...pada masa yang sama cousin aku dapat masuk UNITEN..alhamdulillah..sebelum result SPM keluar dah dapat masuk U..heh..macam kau tak pernah rasa...tak..tak..aku lain...hehe...hari esok juga hjbadruddin pergi ke PERLIS..kepada HAMIZAN HAMZAH..kalau nampak hjdin dekat UNIMAP jangan lupa bagi salam..heh..memang aku banyak miss aktiviti keluarga...tak suka betul...kalau hakikat aku nih tinggal diperantauan aku boleh terima..tapi hakikatnya aku tinggal hanya 45KM dari rumah dan tidak dapat join aktiviti keluarga sangat mengecewakan..



nota kecik:baik sekarang mahu uruskan cafe sementara masa masih ada...walaupun....




Photobucket